Tentu anda masih ingat semasa usia muda, bagaimana posisi zakarnya apabila tegang. Terpacak ke atas dan semakin usianya meningkat sudut ketegangan juga semakin menurun. Fasa-fasa keaktifan zakar lelaki dianggap ada empat Fasa.
BAYANGAN HIDUP - SENTUHAN HIDUP - PANDANGAN HIDUP - PERJUANGAN HIDUP.
Di masa usia muda iaitu peringkat remaja tentu sekali kadar keaktifan zakarnya berada pada tahap yang tinggi. Pada usia itu bayangan-bayangan berkaitan seks bermain di kepalanya kerana ia peringkat ingin tahu. Jadi pada peringkat itu dengan membayangkan seks pun dah boleh membuatkan zakarnya menjadi tegang dengan pantas.
Tahap seterusnya ialah pantang sentuh, ia hendak hidup. Mungkin pada tahap ini ramai lelaki mula melibatkan diri dengan perbuatan melancap dan pada masa yang sama membayangkan sesuatu imej yang boleh meransang fikirannya terhadap aktiviti seksual.
Apabila semakin meningkat usia dan pendedahan yang luas tentang seks maka kadar ransangan juga akan menurun. Itulah dikatakan bila Pandang baru hidup. Mungkin masih ingat ketika anda suka menatap gambar-gambar wanita seksi atau porno dan ketika yang sama tangan anda gongang di bawah. Jadi kena pandang dulu baru senang nak hidup.
Sama ada setuju atau tidak, kadar ketegangan zakar akan menurun mengikut usia. Begitu juga tahap ransangan kerana mungkin sudah terlalu banyak terdedah dengan imej-imej seksual menyebabkan ia menjadi sesuatu yang biasa. Melihat imej wanita seksi atau bogel sudah tidak begitu meransang nafsunya. Pendek kata ibarat pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. Maka masuklah ke tahap perjuangan hidup khususnya semasa hendak bersama dengan pasangan.
Secara logiknya semua lelaki hendaklah terima bahawa ransangan seksualnya semakin lama semakin menurun apabila usia semakin meningkat. Hendak mengekalkan ketegangan zakar menjadi satu masalah. Namun ini bukan lagi masuk tahap erectile dysfunction. Erectile dysfunction bererti zakar tidak mampu menjadi keras. Tetapi kepayahan untuk mengekalkan ketegangan zakar sepanjang masa bersama pasangan adalah permulaan kepada erectile dysfunction itu.
No comments:
Post a Comment