Assalamulaikum. Hari ini saya ujudkan blog ini untuk menterjemahkan apa yang ada dalam minda seorang lelaki. Ramai orang khususnya wanita menganggap dalam kepala lelaki hanyalah seks, seks, seks dan seks. Jangan terlalu taksub dengan naluri kewanitaan. Jika lelaki sentiasa memikirkan tentang seks kerana dia dilahirkan untuk berfikiran begitu.
Kita tidak boleh samakan pemikiran lelaki dengan pemikiran wanita bila dikaitkan dengan nafsu. Mungkin pada wanita ada sufat-sifat malu untuk berbicara secara terbuka tentang seks maka mereka merasakan bincang tentangnya sebagai satu taboo.
Semoga pembaca blog ini akan membaca dengan berfikiran yang lebih terbuka kerana saya ingin berkongsi minda saya dan apa-apa juga info berkaitan minda lelaki apabila berkaitan seks sebagai bahan untuk renungan. Apa yang baik jadikan teladan sementara yang tidak baik jadikan sempadan. Baca secara rational dan berfikiran terbuka. Jangan menganggap bahawa apabila seseorang itu melebihi seks dalam hidupnya sebagai nafsu menguasai iman.
Seseorang yang berfikiran matang akan membaca dengan fikiran yang matang bukan secara prejudis.
2. Blog ini bukan semata-mata untuk saya bincangkan tentang seks semata-mata tetapi apa-apa juga perkara yang berkaitan dengan dunia lelaki termasuklah fesyen, lifestyle, kesihatan, ekonomi dan sebagainya. Saya klasifikasikan blog ini sebagai ADULT CONTENT, kerana akan ada kandungan-kandungan yang sesuai dibaca oleh orang dewasa sahaja.
No comments:
Post a Comment